TREND TERKINI PERKAHWINAN 2018

Apa yang perlu dilakukan 6 bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung ?
April 19, 2018
ANTARA 5 TREND PAKAIAN PENGANTIN TERKINI
April 24, 2018

TREND TERKINI PERKAHWINAN 2018

ditulis oleh vistaimpiansdnbhd

Berkahwin dengan seseorang yang kita sayang adalah satu impian bagi setiap pasangan yang bercinta. Perkahwinan juga perkara mulia yang dituntut oleh agama terutama agama islam bagi mengelakkan maksiat . Trend yang akan kami kongsikan ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat pasangan pengantin.

let’s go ….

sumber gambar : cik google ; )

1 )  BAJU PENGANTIN SONGKET : Baju pengantin adalah perkara wajib yang perlu diambil berat bagi setiap bakal pengantin untuk sentiasa kelihatan cantik dimajlis persandingan nanti .  Sepanjang penglihatan kami pada tahun ni , trend busana pengantin yang sering dipilih oleh raja sehari adalah  busana songket . Walaupun harga songket jauh lebih mahal dari harga fabrik yang lain , ianya tetap menjadi pilihan hati raja sehari agar kelihatan tradistional dan elegan. Baju songket ini merupakan baju warisan budaya indonesia sejak zaman dahulu dan ianya merupakan lambang kecintaan budaya indonesia . Jadi tidak hairan lah ianya mejadi pilihan hati sang raja sehari.

2 ) HANTARAN BUNGA SEGAR : Jika tahun-tahun yang lepas gubahan hantaran yang sering kita lihat ianya mengunakan bunga artifical, berbeza pula pada tahun ini gubahan bunga segar ( fresh flower ) ini pula yang menjadi trend pada tahun 2017 dan masih mendapat sambutan pada tahun 2018. Gubahan hantaran yang digubah mengunakan bunga hidup ini mendapat sambutan kerana ianya lebih exlusive serta dapat menjimatkan kos pembelanjaan. Gubahan bunga segar tidak memerlukan perincian lain untuk nampak lebih menawan, cukuplah sekadar bunga segar menjadi fokus utama dalam perincian gubahan.

3 ) BRIDESMAID  : haa !! part ni paling digilai oleh bakal pengantin terutama bakal pengantin perempuan yang menggangap perkara ini sangat diperlukan terutama bagi menginginkan gambar mereka lebih nampak meriah dan cantik . Mereka ini biasanya adalah orang-orang yang terdekat seperti adik-beradik , sedara-mara atau sahabat , busana yang wajib dipakai perlulah sama dari segi colour , design dan corak bagi effect gambar yang diambil kelihatan lebih ceria . Busana yang dipakai janganlah terlalu over atau menonjol dari pengantin , takut orang tak tahu yang mana satu pengantin atau pengapit. hehe

4 ) UKIRAN INAI PUTIH : Kebiasaannya kita lihat ramai pengantin memakai inai merah dijari atau dibuat ukiran pada tangan , lain pula pada tahun ini inai putih ini menjadi trend dan ramai memakainya termasuk artis . Inai putih ini tidak seperti inai merah yang kekal sehingga sebulan , inai putih ini hanya sementara sahaja . Jadi ianya lebih mudah dibesihkan berbanding inai semulajadi  , cukup dibasuh dengan air . Jika anda tidak tahu nak design macam mana , jangan risau serahkan semuanya pada yang lebih arif.

5 ) KEK BERTEMAKAN FLORAL : Jika dahulu kek pengantin biasanya dihias dengan sederhana dan ianya satu tingkat sahaja , lain pula kali ini kek dua tingkat bakal menjadi trend kembali . Kek yang akan menjadi trend pada tahun 2018 ini adalah kek bertemakan floral , ianya kerana kek ini nampak mewah dan pastinya ramai yang akan lebih tertarik pada kek ini.

okay itu sahaja trend perkahwinan 2018 yang kami dapat kongsikan untuk tahun ini . semoga jumpa lagi dan semoga bermanfaat untuk semua . see u in next blog ; )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
WhatsApp chat